Khalifah itu

Selesai berjemaah tadi, 
Hati Aku terdetik.... 

Betapa Aku rindu berjemaah bersama... 
Selepas sekian lama, Aku berdiri di belakang insan yang teramat Aku kagum, insan yang kuat menjadi khalifah membimbing Kami makmun yang banyak  terpesong.... 

Setiap takbir, setiap ruku' , setiap sujud... Aku ikut lemah... Tiap tutur bacaan, hatiku bergetar hebat... Rasa sesak dengan sebak.... 

Aku terang terang bukan anak solehah... Pernah jauh terpesong, malah masih berkayuh membetul langkah. Masih juga terpatah gayung... 

Khalifah itu, tak pernah jemu.... Mengajak... Cara kasar, cara lembut... 
Aku pemberontak.... 
Aku menolak yang hak..
Mencari yang batil... 

Aku masih banyak lopong lopong di dada...
Khalifah itu, masih tak putus doanya...
Allah maha hebat, dibuka hati Aku yang asalnya terkatup rapat... Diberi ruang untuk Aku tersedar.... 
Namun, selebihnya bergantung pada Aku... 

Kuat lemah semua atas bahu Aku

Aku kagum dengan khalifah itu. 
Dia bukanlah orang alim.... 
Dia insan biasa sahaja... 
Tapi dia manusia istimewa.... Bagi Aku 
Tiada yang sesempurna khalifah itu. 

Ya Allah, 
Jika ada jodoh untuk ku dimasa depan, 
Temukan Aku dengan khalifah yang boleh membimbing Aku... Seperti mana Abah membimbing kami... 

Tak mengapa jika dia tak sempurna... 
Asalkan kami boleh melengkapi.... 
Asal kan cintanya pada Aku semurni cinta Abah pada mami.... 
Amin


Mencari khalifah untuk diri Aku yang masih terumbang ambing.... 



Shakira sulong 





Comments

Popular posts from this blog

Harris Ng

Melayu bukan Agama...

Dogs & Muslim