Sekadar Kata kata

Good evening readers, 

for the past few days (accurately hours) i was blatantly attacked by people i cared just because i post up a selfie with a puppy in FB. 
ah not gonna talk about that... im not affected pun just feel sedih sebab some people are easily provoked. even aku takde niat nak provoke sesape pun.... Well, nobody is perfect kan... 
Maybe apa yang dia tulis berlandaskan emosi semata... biarlah , at least dia da luahkan apa yang terbuku dalam hati dia.... Selebihnye antara dia & Pencipta. 
Aku takde dendam atau amarah... Kita bebas meluahkan apa yang kita rasa... 
bebas atas dasar kebebasan tapi masih ada batasan. 
Orang kata
"you are 100% responsible for whatever you did or said" 
so, takde la aku mencicit nak salahkan orang lain sebab InsyaAllah aku tahu apa yang aku buat. 


Aku tahu ramai sayangkan aku.
Aku tahu sebab diorg buat tu semua pun sebab sayangkan aku
thanks but no thanks.

Tapi kalau betul sayang, ini bukan caranya
bukan niat aku untuk kurang ajar... she is my sister... she is my family.. she is part of me
cuma ini bukan kali pertama 

Bila bukan kebiasaan bagi Melayu, 
ramai saje yang melatah
bukan sekadar melatah, tapi mencarut memaki bagaikan tiada pegangan 
menjatuhkan hukuman putus saudara atas dasar yang rapuh 

buka balik cerita lama, bila harris dikenalkan secara rasmi
Ya Allah... 
seolah2 hina bangsa cina berkawan dengan Melayu
bagikan tak layak Cina untuk melayu 
MasyaAllah.
Maaf tapi bila pemikiran kolot sesetengah orang mengatasi bahasa logic akal, 
Islam diletak tepi, tapi berbicara mengguna emosi
inilah hasilnya.
Itu semua cerita lama. 
Aku da maafkan semua yang terlibat. 

Aku tahu mereka berpuas hati atas apa yang terjadi pada aku.
akhirnya cina tinggalkan melayu
mungkin itu yang mereka pegang 
tapi bagi aku itu semua "bullsh*t" 
maaf bahasa kesat

apa yang terjadi pada aku tiada kaitan dengan cina-melayu 
jika takdir aku dengan melayu sekalipun, 
jika Allah katakan jodoh tidak panjang, 
tetaplah terjadi perkara yang sama 

hanya kebetulan

Kembali pada masa sekarang 
masih perkara yang sama cuma jalan cerita agak berlainan 
Aku risau dengan permikiran anak anak muda 
ilmu hanya dari bisikan bisikan orang2 
entahkan betul, entahkan tidak 
tu semua tak penting bagi mereka
asalkan ada, sudah cukup untuk mengiakan apa yang tidak 
menidakkan apa yang ia

Aku mengaku aku bodoh
masih sangat cetek apa yang aku ketahui
apa sangat nak dibanding dengan mereka yang lebih dahulu makan garam 
apa sangat nak dikesahkan hati perasaan aku 
apa sangat nak diperdulikan dengan permikiran aku yang dilabel sebagai "melayu-urban"
Jujurnya ini baru kalu pertama terdengar "melayu-urban" 
jika ada melayu urban, maybe ada  melayu kolot?? 
just saying 

Aku ilmu separas buku lali (mungkin tak sampai buku lali pun) 
tapi apa sahaja yang aku buat, InsyaAllah bukan berlandaskan nafsu atau suka suka saje
Aku yang dahulu, mungkinYA
setiap episod yang terjadi pada aku, mematangkan aku... rasanya bukan membodohkan aku
Aku bertuah mempunyai rakan berbilang bangsa
ditemukan pelbagai kawan dari seceruk pelusuk dunia 
 Mereka mengajar aku untuk lebih mengetahui ISLAM 
betul, 
Mereka mendorong sifat curiosity aku 
Aku malu dengan sifat curiosity mereka.
Padahal aku patut tahu..tapi .......

bagaimana nak menjadi contoh jika kita bukan contoh yang baik? 

Aku tak katakan aku bagus 
aku masih juga struggle untuk menjadi lebih baik 
aku masih struggle mencari diri aku 
siapa aku? 

Aku tak ada kuasa menahan mereka mereka dari berfikiran serong pada aku 
mungkin aku lain dari mereka 
aku tak memaksa mereka memahami aku apatah lagi menerima aku 
itu pilihan mereka 
jika ingin dicampak, campak sahaja 
tak perlu nak susun strategi. Bukan mahu cetuskan perang dunia pun 

cumanya sedikit terkilan pabila darah daging sendiri orang yang paling kuat menghukum aku 
Insan yang patutnya tahu siapa aku 
Insan yang patutnya memilih untuk berpihak pada aku. 
ah, 
biarlah. mungkin emosinya lebih kuat dari logik akal 
mungkin katanya berlandaskan amarah yang tak berasas

quote for a friend of mine 
"we can choose who we want to be friend with,  but you cant choose your family" 

bukan sekadar salah sikit, taknak kawan.. 
family is much more than that. 

tak pernah terdetik hati untuk membenci
jauh sekali memutus ikatan darah 
tapi jika mereka memilih untuk itu, biar lah.... apa saja boleh aku buat?? 
duduk termangu menangis? 
ah, hidup terus melangkah... 
Allah da rancang se awal2 nya... Allah da buat segalanya cantik teliti 
Ada masanya terbongkar segala kebenaran. 

 Sekarang cananglah satu dunia hebatnya kamu 
cananglah betapa jahatnya aku 
betapa kecewanya kamu dengan adik kamu yang berfikiran "melayu-urban" 

Apa sahaja yang buat kamu gembira ... puas 

senang, 
niat aku bukan memburuk. cuma meluah apa yang terbuku dihati 
aku tiada benci. aku tiada amarah 
penting sekali aku tak pernah meghakimi (judge) orang 
setiap manusia takkan lari dari melakukan kesilapan 
 takkan lepas dari jatuh ketanah 

belajar dari kesilapan, 
ambil mana yang jernih, campak jauh2 yang berkeladak 
jika masih ingin menjadi batak
teruskan lah 
katakan aku ego. 
katakan aku sombong 
mulut kamu bukan aku 

ruang kemaafan itu infinity 
sehingga belum mati 


Apa sahaja yang ditulis datang dari minda aku 
ditulis dengan tiada kaitan emosi hanya ledakkan dari minda aku 

Malas nak berpanjang cerita 
aku, macam biasa... lupakan apa yang mereka buat pada aku 
tapi apa sahaja difikiran mereka, itu luar dari kawalan aku 

hanya sekadar berkongsi rasa 

Shakira Sulong










 


Comments

Popular posts from this blog

Melayu bukan Agama...

Harris Ng

Dogs & Muslim