angan angan
angan angan
ingin terbang jauh dari segala kusut
angan angan
ingin menyepi biar semua mencari
angan angan
ingin mencipta identiti lain agar fantasi lebih indah
ah
mampu kah aku memadam kisah silam
mampukah aku menghalau jauh kasih sayang
mampukah aku menjerit terlolong sendirian
mampukah aku berselimut bayangan kelam
mampukah aku bermula kosong
tertanya terdiam terduduk
terpejam tergengam tergamam
terluka terpaksa terseksa
semua aku rasa
semua aku mahu lupa
berhenti bertahan
berhenti mengharap
berhenti meraih mimpi
tiada lagi angan angan
cuma ada bayangan
hanya mengimbau
bukan bercerita lara
sesekali ingin berangan angan
namun realiti menyambar agar aku tidak jauh
sakit jatuh tinggi
angan angan hanya sekadar menghibur hati
buat senyum yang hampir mati
nanti nanti
semua akan terhenti
realiti itu menyakiti hati
tapi angan angan hanya pembawa mati hati
setiap mula ada akhirnya
Shakira Sulong
Comments
Post a Comment